Pengenalan - drihsanmy/Osmosis-Malaysia-Translation-Team GitHub Wiki
Apakah Itu Osmosis? Osmosis ialah protokol pembuat pasaran automatik (AMM) kompleks yang membolehkan pembangun membina AMM khusus dengan kolam kecairan sendiri. Dibina menggunakan SDK Cosmos, Osmosis menggunakan Inter-Blockchain Communication (IBC) untuk melakukan transaksi silang rantaian.
Osmosis membolehkan pengguna melancarkan kolam kecairan dengan parameter yang unik, seperti lengkung ikatan dan kolam aset berbilang pemberat. Struktur insentif Osmosis juga boleh disesuaikan. Governan menentukan ganjaran kecairan (LP) untuk kolam tertentu, membolehkan insentif disasarkan secara strategik.
Osmosis ialah pembuat pasaran automatik tersuai untuk aset antara rantaian yang dilancarkan secara adil. Dengan Osmosis, anda boleh mencipta dan menguruskan indeks token bukan jagaan antara rantaian dengan fungsi imbang-kendiri, sama seperti Balancer.
Diinspirasikan oleh Balancer dan karangan Sunny Aggarwal tentang Kumpulan Pembuat Pasaran Automatik DAOfying Uniswap, matlamat utama Osmosis adalah untuk menjadi alat terbaik yang meningkatkan fungsi AMM dalam ekosistem Cosmos, melebihi fungsi sebagai laman penukaran token tradisional semata-mata. Lengkung ikatan lazimnya digunakan dalam mekanisme pertukaran terdesentralisasi. Pun begitu,potensinya boleh diperluaskan lagi melalui kebolehsesuaian yang ditawarkan oleh Osmosis. AMM lengkung tersuai, pelarasan dinamik yuran swap, kolam kecairan berbilang token yang dibawakan oleh Osmosis membolehkan pengumpulan dana melalui token, stake antara rantaian, pasaran option dan banyak lagi dilakukan secara desentral dalam ekosistem Cosmos.
Walaupun kebanyakan zon Cosmos telah memfokuskan skim insentif mereka kepada pewakil, Osmosis cuba untuk menyelaraskan kepentingan pelbagai pihak berkepentingan ekosistem seperti LP, ahli DAO, serta pewakil. Satu mekanisme yang diperkenalkan ialah cara penyedia kecairan yang dipertaruhkan mempunyai pemilikan berdaulat ke atas kolam mereka, dan melalui proses governan kolam, mereka boleh melaraskan parameter bergantung pada persaingan antara kolam dan keadaan pasaran. Osmosis ialah zon Cosmos yang berdaulat yang memperoleh kedaulatannya bukan sahaja daripada seni bina blockchainnya yang bersifat aplikasi-khusus. Osmosis juga mempunyai kedaulatan secara kolektif melalui LP yang menyediakan kecairan kepada token yang berbeza.
#Mengapa Osmosis?
#kebolehsesuaian kolam kecairan Kebanyakan AMM utama mengehadkan parameter yang boleh diubah bagi kolam kecairan. Sebagai contoh, Uniswap hanya membenarkan penciptaan kolam bagi dua token dengan nisbah yang sama dengan yuran swap sebanyak 0.3%. Kesederhanaan protokol Uniswap membolehkan penggunaan pantas bagi pengguna biasa yang sebelum ini mempunyai sedikit atau tiada pengalaman dalam pembuatan pasaran.
Walau bagaimanapun, apabila saiz pasaran DeFi berkembang dan disertai peserta pasaran seperti penimbang tara dan penyedia kecairan matang, keperluan untuk kolam kecairan bertindak balas terhadap keadaan pasaran menjadi semakin jelas. Yuran swap optimum untuk perdagangan AMM mungkin bergantung pada pelbagai faktor seperti masa sekatan, gelinciran, yuran transaksi, turun naik pasaran dan banyak lagi. Tiada penyelesaian satu saiz yang sesuai untuk semua kerana gabungan ciri-ciri protokol blockchain, token dalam kolam kecairan, keadaan pasaran dan lain-lain harus boleh diubah supaya penyedia kecairan dan pembuat pasaran dapat melaksanakan strategi optimum.
Alat yang disediakan oleh Osmosis membolehkan peserta pasaran mengenal pasti sendiri peluang dan membolehkan mereka bertindak balas dengan melaraskan pelbagai parameter. Keseimbangan optimum antara yuran dan kecairan boleh dicapai melalui eksperimen dan lelaran autonomi, dan bukannya menetapkan nilai 'kompromi paling boleh diterima' yang dirancang secara berpusat. Ini meningkatkan kebolehpasaran AMM dan keluk ikatan melangkaui pertukaran token yang mudah, kerana mengehadkan kemampuan kebolehsesuaian kolam kecairan mungkin menjadi faktor penghalang untuk lebih banyak penggunaan eksperimental AMM.
#Kolam governan kendiri Tanpa pelarasan keputusan dalam kalangan pihak berkepentingan, keupayaan untuk menukar parameter kumpulan kecairan adalah tidak bermakna. Oleh itu, ciri governan kolam Osmosis membolehkan kolah kecairan wujud dan berkembang dalam spektrum yang luas dengan toleransi risiko yang pelbagai.
Dalam Osmosis, perkongsian dalam kolam kecairan bukan sahaja digunakan untuk mengira nisbah pemilikan dalam kolam kecairan, tetapi juga hak untuk mengambil bahagian dalam membuat keputusan strategik bagi kolam kecairan. Insentif wajar diberikan kepada penyedia kecairan yang komited bagi jangka masa yang panjang, dengan syarat mereka mengunci token bagi tempoh yang panjang. Penyedia kecairan bagi jangka masa yang panjang diberikan keuntungan hasil perlombongan kecairan tambahan dan diberikan kuasa mengundi yang lebih. Komitmen kecairan jangka panjang oleh penyedia kecairan menghalang risiko serangan Vampire, di mana pemilikan perkongsian diwakilkan dan digunakan di AMM luar. Ini memberikan kuasa yang saksama kepada penyedia kecairan, di mana penyedia kecairan yang lebih setia diberikan lebih banyak hak untuk memacu hala tuju kolam secara strategik , sesuai dengan risiko yang mereka ambil.
Memandangkan AMM selalunya menjamin jumlah nilai output yang berterusan, mereka yang mungkin tidak bersetuju dengan perubahan yang dibuat kepada kolam tertentu boleh mengeluarkan dana tanpa kerugian pada prinsipal mereka. Memandangkan Osmosis menjangkakan pasaran untuk menemui sendiri nilai optimum bagi setiap parameter boleh laras, jika wujud perbezaan pendapat yang ketara–mereka dapat memulakan kolam kecairan dengan strategi mereka sendiri.
#AMM sebagai infrastruktur perkhidmatan Bilangan dan kerumitan produk kewangan terdesentralisasi semakin meningkat secara konsisten. Instrumen seperti aset yang ditambat, derivatif, opsyen dan leveraj token; masing-masing mempunyai ciri tersendiri dalam menghasilkan kecekapan pasaran yang optimum apabila dipadankan dengan keluk ikatan yang betul. Walau bagaimanapun, AMM tradisional hanya memberi prioriti kepada AMM dan meletakkan produk kewangan yang didagangkan di tempat kedua. Memandangkan AMM meningkatkan kebolehcapaian pasaran kepada instrumen-instrumen ini, aset dengan ciri yang pelbagai ini harus memilih sama ada untuk:
- Kompromi kecekapan dan perdagangan pada AMM sedia ada dengan lengkung ikatan yang tidak optimum atau
- Mengambil tugas yang besar untuk membina AMM sendiri yang mampu memaksimumkan kecekapan
Untuk menyelesaikan isu ini, Osmosis memperkenalkan idea 'AMM sebagai infrastruktur perkhidmatan'. Lazimnya, hanya pelarasan fungsi nilai dan beberapa parameter tambahan yang diperlukan untuk menyediakan AMM yang sangat cekap dan mudah diakses oleh kebanyakan instrumen kewangan terdesentralisasi. Dengan menyediakan keupayaan untuk pencipta kolam untuk mentakrifkan fungsi nilai lengkung ikatan dan menggunakan semula sebahagian besar infrastruktur AMM utama, halangan untuk mencipta pembuat pasaran automatik yang direka khas dan cekap dapat dikurangkan.