OSMO - drihsanmy/Osmosis-Malaysia-Translation-Team GitHub Wiki

Tujuan Token OSMO ialah token governan yang membenarkan pemegang token yang distake untuk memutuskan masa depan protokol, termasuk setiap butiran pelaksanaan. OSMO pada mulanya akan digunakan untuk perkara berikut (walaupun governan bebas untuk menambah atau mengeluarkan fungsi ini):

  • Mengundi kemaskini protokol
  • Memperuntukkan ganjaran perlombongan kecairan untuk tolok kecairan terikat
  • Menetapkan yuran pertukaran rangkaian asas Governan ialah komponen kritikal yang membolehkan Osmosis berkembang. Pihak berkepentingan aktif rangkaian akan bertanggungjawab untuk mencadangkan, menyemak dan meluluskan kemaskini protokol.

Kumpulan yang layak untuk ganjaran kecairan akan dipilih oleh peserta governan OSMO, membolehkan pihak berkepentingan merangka strategi insentif yang paling sesuai dengan kepentingan jangka panjang protokol.

Walaupun OSMO pada mulanya akan berfungsi sebagai token governan dan token staking, Osmosis berhasrat untuk beralih ke zon keselamatan dikongsi Hab Cosmos sebaik sahaja ciri tersebut sedia.

#Superfluid Staking Token OSMO juga ditempa dan dibakar dalam konteks Superfluid Staking. Sebagai ciri khusus Osmosis, Superfluid Staking menyediakan lapisan konsensus yang lebih selamat melalui "Bukti Pegangan Berguna". Setiap orang mendapat jumlah perwakilan Osmo bagi nilai bahagian token kumpulan kecairan mereka yang pertaruhkan dan diwakilkan kepada pengesah, menyebabkan jaminan keselamatan lapisan konsensus turut mengambil kira pegangan GAMM LP.

Butiran lanjut boleh dilihat dalam spesifikasi modul Superfluid .