Integrasi : Pemasaran - drihsanmy/Osmosis-Malaysia-Translation-Team GitHub Wiki

Tentang Pemasaran

Kementerian Pemasaran Osmosis telah ditubuhkan untuk membantu memasarkan Osmosis. Jangan teragak-agak untuk menghubungi [email protected] . Terdapat banyak peluang untuk anda memasarkan projek dan aset anda dengan lebih baik, maka jangan segan untuk mencadangkan idea pemasaran baharu yang belum disenaraikan.

Peluang Pemasaran

#Pertandingan Twitter yang ditaja bersama

Pertandingan seni, seperti pertandingan mencipta Meme yang dijalankan di Twitter ialah cara terbaik untuk menarik minat orang ramai tentang sesuatu projek dan membantu menyebarkan kesedaran kerana ia pengguna untuk menanda nama dan berkongsi tweet semula sebagai sebahagian daripada keperluan kelayakan. Mengikut pengalaman, ada pihak yang membuat pertandingan meme bertajuk : siapa yang boleh membuat meme paling lucu?, tetapi anda juga boleh membuat pertandingan seni yang serius sebenarnya, apa-apa sahaja yang dirasakan sesuai.

Jumlah Tajaan Kementerian Pemasaran Osmosis:

Tempat pertama: 69 OSMO
Tempat ke-2: 20 OSMO
Tempat ke-3: 4 OSMO

Jumlah Tajaan Projek:

  • Sebenarnya, nilai tajaan adalah tidak spesifik, namun harus dirasakan berbaloi bagi pihak OMM.
  • Hadiah tajaan harus merangkumi pemenang bagi tempat pertama, kedua dan ketiga.

Lihat: Osmosis Kementerian Pemasaran Twitter

Sila hubungi Pengurus Twitter utama kami, MadCatAttack:
E-mel: [email protected]
Telegram: @MadCatAttack
Twitter: @madcatattack1
********

Contoh: Pertandingan Meme Chihuahua
Pertandingan Meme Sentinel
Pertandingan Meme BitCanna

Grafik Tajaan
Kementerian Pemasaran Osmosis boleh mentauliahkan pereka grafik untuk mempromosikan aset yang baru disenaraikan, kolam yang khusus, insentif luaran pada kolam tertentu dan cadangan governan yang penting. Grafik ini akan dikongsi pada pelbagai platform untuk memaksimumkan keterlihatan (Twitter, Discord, Reddit, Instragram, Facebook, Medium, dll.).

Kami membiarkan artis berbakat kami untuk menjalankan idea mereka dengan cara yang terbaik bagi menghasilkan grafik yang menarik. Jika ada projek yang ingin bekerjasama dalam aspek reka bentuk seni atau menaik taraf kesan grafik kepada klip video pendek kami, kami akan memberikan bayaran tambahan yang boleh dibincangkan.

Insentif 25 OSMO

Sila hubungi Pengarah Seni kami, Kych:

E-mel: [email protected]
Telegram: @kychuli

Contoh:

Catatan Blog Tajaan Kementerian Pemasaran Osmosis boleh menugaskan penulis untuk membincangkan projek, penyenaraian baharu, insentif luaran baharu, cadangan governan yang akan datang, dan sebagainya secara ringkas. Penulisan ini harus disiarkan di platform blog mereka, (kini di Medium), dan harus dikongsi ke pelbagai platform yang lain. Penggunaan grafik yang bersesuaian adalah digalakkan.

Insentif 15 OSMO

Sila hubungi Ketua Editor kami, RoboMcGobo:

E-mel: [email protected]
Telegram: @RoboMcGobo

#Tweet semula

Dalam kebanyakan kes, akaun Twitter Kementerian Pemasaran Osmosis boleh mengetweet semula Tweet bahan promosi projek anda, sekiranya ia diintergrasikan ke Osmosis, tanpa caj tambahan.

Sila hubungi Pengurus Twitter utama kami, MadCatAttack:

E-mel: [email protected]
Telegram: @MadCatAttack
Twitter: @madcatattack1

⚠️ **GitHub.com Fallback** ⚠️