Glosari - drihsanmy/Osmosis-Malaysia-Translation-Team GitHub Wiki

Glosari

Gunakan glosari ini untuk mengetahui tentang istilah yang digunakan dalam Osmosis dan ekosistem Kosmos.

#Set aktif 130 pengesah teratas yang mengambil bahagian dalam konsensus dan menerima ganjaran.

#Airdrop Pemindahan mata wang kripto percuma daripada projek kripto ke dalam dompet pengguna untuk meningkatkan minat dan memberi insentif kepada penggunaan token baharu.

#Arbitraj Proses mendapat keuntungan daripada perbezaan harga merentasi pasaran yang berbeza. Arbitrageur membeli syiling di satu pasaran dan menjualnya di pasaran lain untuk harga yang lebih tinggi.

#Blok Rantaian Lejar urus niaga yang tidak boleh ditukar dan disalin antara rangkaian sistem komputer yang bebas.

#Blok Kumpulan maklumat yang disimpan dalam blockchain. Setiap blok mengandungi transaksi yang dikumpulkan, disahkan dan ditandatangani oleh pengesah.

#Pengesah terikat Pengesah dalam set aktif yang mengambil bahagian dalam konsensus. Pengesah terikat memperoleh ganjaran.

#Ikatan Proses di mana pengguna mewakilkan OSMO kepada pengesah untuk menerima ganjaran staking dan seterusnya memperoleh kuasa mengundi. Pengesah tidak mempunyai hak pemilikan kepada OSMO milik pewakil. Mewakilkan, mengikat dan mempertaruhkan secara amnya merujuk kepada proses yang sama.

#Bakar Kemusnahan kekal syiling daripada jumlah bekalan.

#Komisyen Peratusan ganjaran stake yang akan disimpan oleh pengesah sebelum mengagihkan baki kepada pewakil. Komisen ialah pendapatan pengesah. Pengesah menetapkan kadar komisen mereka sendiri. Sehingga akrtikel ini ditulis, komisen mestilah lebih besar daripada atau sama dengan 5%.

#Kolam komuniti Dana khas yang ditetapkan untuk membiayai projek komuniti. Mana-mana ahli komuniti boleh membuat cadangan governan untuk membelanjakan token dalam kumpulan komuniti. Jika cadangan itu lulus, dana dibelanjakan seperti yang dinyatakan dalam cadangan.

#Permuafakatan Sistem yang digunakan oleh pengesah atau pelombong untuk bersetuju bahawa setiap blok transaksi dalam rantaian adalah betul. Blockchain Osmosis menggunakan enjin konsensus Tendermint. Pengesah memperoleh ganjaran untuk mengambil bahagian dalam konsensus. Lawati tapak dokumentasi rasmi Tendermint untuk maklumat lanjut.

#Kosmos-SDK Rangka kerja sumber terbuka blok Osmosis dibina di atasnya. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat Dokumentasi SDK Cosmos

#dApp Aplikasi yang dibina di atas platform terdesentralisasi (singkatan untuk aplikasi terdesentralisasi).

#DDoS Serangan Penafian Perkhidmatan Teragih. Apabila penyerang membanjiri rangkaian dengan trafik atau permintaan untuk mengganggu perkhidmatan.

#DeFi Sistem Kewangan terdesentralisasi. Pergerakan dari sistem kewangan tradisional ke arah sistem yang tidak memerlukan pengantara kewangan.

#Perwakilan Apabila pengguna mengikat OSMO kepada pengesah untuk menerima ganjaran staking dan seterusnya memperoleh kuasa mengundi. Pengesah tidak pernah mempunyai hak pemilikan kepada OSMO yang diikat. Mewakilkan, mengikat dan mempertaruhkan secara amnya merujuk kepada proses yang sama.

#Delegator Pengguna yang mewakilkan, mengikat atau mestake OSMO kepada pengesah untuk memperoleh ganjaran.

#Yuran Gas : Bayaran yang ditambahkan kepada semua transaksi untuk mengelakkan spam. Pengesah menetapkan harga gas minimum dan menolak urus niaga yang membayar harga gas di bawah nilai ini.

#Nod penuh Komputer yang disambungkan ke mainnet Osmosis dan dapat mengesahkan transaksi serta berinteraksi dengan blok Osmosis. Semua pengesah aktif menjalankan nod penuh.

# Governan Governan ialah proses demokrasi yang membolehkan pengguna dan pengesah membuat perubahan pada protokol Osmosis. Ahli komuniti membuat, mengundi dan melaksanakan cadangan.

#Cadangan Governan Cadangan bertulis untuk perubahan atau penambahan kepada protokol Osmosis. Topik cadangan boleh terdiri daripada perbelanjaan kumpulan komuniti, perubahan perisian, perubahan parameter atau sebarang idea yang berkaitan dengan protokol Osmosis.

#Set tidak aktif Pengesah yang tiada dalam set aktif . Pengesah ini tidak mengambil bahagian dalam konsensus dan tidak memperoleh ganjaran.

#IBC Protokol komunikasi antara rantaian blok (IBC) yang mewujudkan komunikasi antara rantaian blok bebas. IBC mencapai matlamat ini dengan menentukan satu set struktur yang boleh dilaksanakan oleh mana-mana lejar teragih yang memenuhi kriteria tertentu. IBC memudahkan aplikasi rentas rantaian untuk memindahkan token, swap, melakukan kontrak berbilang rantaian dan memindahkan serpihan data. Semasa pelancaran, Osmosis menggunakan IBC untuk pemindahan token. Lama kelamaan, Osmosis akan menambah ciri baharu yang boleh dilakukan melalui IBC.

#Kehilangan Tidak Kekal Pembekal kecairan memperoleh pendapatan melalui yuran dan ganjaran kolam khas. Walau bagaimanapun, mereka juga mengambil risiko di mana mereka mungkin mendapat untung yang lebih baik sekiranya mereka memegang sahaja aset yang ingin dibekalkan. Kerugian ini dipanggil kerugian tidak kekal. Kerugian tidak kekal ialah perbezaan bersih antara keuntungan memegang aset berbanding menyediakan kecairan. Ganjaran pembekal kecairan (LP) boleh membantu mengimbangi kerugian tidak kekal LP. Apabila harga aset dalam kumpulan berubah pada kadar yang berbeza, LP akhirnya akan memiliki jumlah aset yang lebih besar bagi aset yang menurun nilainya. Sebagai contoh, jika harga OSMO meningkat berbanding ATOM, LP dalam kumpulan OSMO-ATOM berakhir dengan bahagian yang lebih besar daripada aset yang kurang bernilai (ATOM). Kerugian tidak kekal juga diminimakan melalui yuran transaksi yang diperolehi oleh LP. Apabila keuntungan yang diperoleh daripada yuran swap melebihi kerugian tidak kekal LP, kolam kecairan itu dianggap mampan.

Untuk mengimbangi lagi kerugian tidak kekal, terutamanya pada peringkat awal protokol apabila turun naik adalah tinggi, AMM menggunakan ganjaran perlombongan kecairan. Ganjaran kecairan menyokong ekosistem kerana hasil penggunaan dan yuran masih kecil. Osmosis mempunyai banyak ciri dan inovasi baharu dalam pembangunan untuk mengurangkan kehilangan tidak kekal.

#Dipenjara Pengesah yang berkelakuan salah akan dipenjarakan atau dikecualikan daripada pengesah yang ditetapkan untuk tempoh masa.

#Perlombongan Kecairan Perlombongan kecairan (juga dipanggil pertanian hasil) ialah pengguna yang memperoleh token ganjaran kerana menyediakan kecairan kepada protokol DeFi. Mekanisme ini digunakan untuk mengimbangi kerugian tidak kekal yang dialami oleh LP. Ganjaran perlombongan kecairan mewujudkan insentif tambahan untuk LP selain yuran transaksi. Ganjaran ini amat berguna untuk protokol yang baru lahir. Perlombongan kecairan membantu meningkatkan kecairan awal, memudahkan peningkatan penggunaan dan lebih banyak bayaran untuk LP. Maklumat mengenai program perlombongan insentif Osmosis boleh didapati di sini

#Token LP Apabila pengguna mendepositkan aset ke dalam kumpulan kecairan, mereka menerima token LP. Token ini mewakili bahagian mereka daripada kolam. Contohnya, jika Pool #1 ialah kumpulan OSMO<>ATOM, pengguna boleh mendepositkan token OSMO dan ATOM ke dalam kumpulan dan menerima semula token bahagian Pool1. Token ini tidak sepadan dengan kuantiti token di dalam kolam, sebaliknya pemilikan adalah mengikut nisbah hak di dalam kolam tersebut. Apabila pengguna mengalih keluar kecairan mereka daripada kolam, mereka mendapat kembali peratusan kecairan yang diwakili oleh token LP mereka. Memandangkan pembelian dan penjualan daripada kolam mengubah kuantiti aset dalam kolam, pengguna berkemungkinan besar tidak akan mengeluarkan jumlah yang sama bagi setiap token yang mereka depositkan pada mulanya. Mereka biasanya menerima lebih daripada satu dan kurang daripada yang lain, berdasarkan dagangan yang dilaksanakan daripada kolam.

#Kecairan Jangka Panjang Ganjaran perlombongan kecairan cenderung menarik "petani hasil" jangka masa pendek yang akan mendeposit dan mengeluarkan kecairan mereka dengan cepat selepas menuai hasil. Petani ini hanya berminat dengan nilai spekulatif token governan yang mereka perolehi. Mereka biasanya melantun antara protokol untuk mencari hasil pertanian yang terbaik. Petani hasil upahan sering mencipta fatamorgana bahawa protokol semakin diguna pakai, tetapi apabila petani upahan ini pergi, ia mengakibatkan volatilit kecairan yang ketara. Pengguna AMM akan mengalami kesukaran untuk melaksanakan dagangan tanpa mengalami kegelinciran. Oleh itu, kecairan jangka panjang adalah penting untuk kejayaan AMM. Reka bentuk Osmosis merangkumi dua mekanisme untuk memberi insentif kecairan jangka panjang: bayaran keluar dan tolok kecairan terikat .

#Pertukaran pasaran Swap dalam Osmosis yang menggunakan fungsi pasaran protokol Osmosis.

#Modul Bahagian teras Osmosis yang mewakili fungsi tertentu protokol Osmosis.

#kolam Kumpulan token. Kolam bekalan mewakili jumlah bekalan token dalam pasaran.

#Proof of Stake Bukti Stake. Jenis blockchain di mana pengesah dipilih untuk mencadangkan blok mengikut bilangan syiling yang mereka pegang.

#Ganjaran Hasil yang dijana daripada yuran yang diberikan kepada pengesah dan pewakil.

#Perwakilan kendiri Jumlah bon pengesah Osmo kepada diri mereka sendiri. Juga disebut sebagai ikatan diri.

#Menebas Hukuman untuk pengesah yang berkelakuan buruk.

#Tergelincir Perbezaan dalam harga syiling antara permulaan dan akhir transaksi.

#stake Jumlah Osmo terikat kepada pengesah.

# staking Apabila pengguna atau pewakil mewakilkan dan mengikat Osmo kepada pengesah aktif untuk menerima ganjaran. Bonded Osmo menambah pegangan pengesah. Pengesah memberikan pegangan mereka sebagai cagaran untuk mengambil bahagian dalam proses konsensus. Pengesah dengan kepentingan yang lebih besar dipilih untuk mengambil bahagian dengan lebih kerap. Pengesah menerima ganjaran stake untuk penyertaan mereka. Pegangan pengesah boleh dipotong jika pengesah melakukan salah laku. Pengesah tidak mempunyai hak pemilikan ke atas Osmo pewakil, walaupun semasa staking.

#Konsensus tendermint Prosedur konsensus yang digunakan oleh protokol Osmosis. Pertama, pengesah mencadangkan blok baharu. Pengesah lain mengundi pada blok dalam dua pusingan. Jika blok menerima majoriti dua pertiga atau lebih besar daripada undian ya dalam kedua-dua pusingan, ia akan ditambahkan pada blokchain. Pengesah mendapat ganjaran dengan yuran transaksi blok. Pencadang mendapat ganjaran tambahan. Setiap pengesah dipilih untuk mencadangkan berdasarkan pemberat masing-masing. Semak dokumentasi rasmi Tendermint untuk maklumat lanjut.

#Osmosis Kod sumber rasmi untuk protokol Osmosis.

#Osmosis mainnet Rangkaian blockchain protokol Osmosis di mana semua transaksi berlaku.

#Osmosisd Antara muka baris arahan untuk menyambung ke nod Osmosis.

#Super Fluid Staking Proses mendapat APR tambahan berdasarkan nisbah bahagian anda dalam kolam kecairan.

#Testnet Versi untuk ujian. Testnet tidak menggunakan syiling sebenar. Anda boleh menggunakan testnet untuk membiasakan diri dengan transaksi.

#Jumlah pegangan Jumlah keseluruhan Osmo yang terikat kepada pewakil, termasuk Osmo terikat kendiri.

#Pengesah tidak terikat Pengesah yang tiada dalam set aktif dan tidak mengambil bahagian dalam konsensus atau menerima ganjaran. Sesetengah pengesah yang tidak terikat mungkin dipenjarakan.

#Pengesah yang tidak terikat Pengesah yang beralih daripada set aktif kepada set tidak aktif. Pengesah yang tidak terikat tidak mengambil bahagian dalam konsensus atau memperoleh ganjaran. Proses unbonding mengambil masa 21 hari.

#Osmo yang tidak terikat Osmo yang boleh didagangkan secara bebas dan tidak distake kepada pengesah.

#Membuka ikatan Apabila pewakil memutuskan untuk menyahwakil Osmo mereka daripada pengesah. Proses ini mengambil masa 21 hari. Tiada ganjaran terakru dalam tempoh ini. Tindakan ini tidak boleh dihentikan setelah dilaksanakan.

#Merungkai Osmo Osmo yang sedang beralih daripada terikat kepada tidak terikat. Osmo yang tidak terikat tidak boleh didagangkan secara bebas. Proses unbonding mengambil masa 21 hari. Tiada ganjaran terakru dalam tempoh ini. Tindakan ini tidak boleh dihentikan setelah dilaksanakan.

#Menyahwakilkan Apabila pewakil tidak lagi mahu Osmo mereka terikat kepada pengesah. Proses ini mengambil masa 21 hari. Tiada ganjaran terakru dalam tempoh ini. Tindakan ini tidak boleh dihentikan setelah dilaksanakan.

#Masa aktif Jumlah masa pengesah telah aktif dalam jangka masa tertentu. Pengesah dengan masa rendah boleh dikurangkan.

#Pengesah Pelombong blok Osmosis yang bertanggungjawab untuk mengesahkan urus niaga pada rantaian blok. Pengesah menjalankan program yang dipanggil nod penuh yang membolehkan mereka mengambil bahagian dalam konsensus, mengesahkan sekatan, mengambil bahagian dalam tadbir urus dan menerima ganjaran. 130 pengesah teratas dengan jumlah kepentingan tertinggi boleh mengambil bahagian dalam konsensus.

#Pemberat Ukuran jumlah kepentingan pengesah. Pengesah dengan wajaran yang lebih tinggi akan dipilih lebih kerap untuk mencadangkan blok. Pemberat pengesah juga merupakan ukuran kuasa mengundi mereka dalam governan.