Buat Dompet Keplr - drihsanmy/Osmosis-Malaysia-Translation-Team GitHub Wiki
## Cara membuat Akaun baharu melalui Manemonik/Frasa Benih
Jika anda menyediakan Keplr buat kali pertama: Dalam tetingkap pop timbul awal, pilih [Buat Akaun Baharu]
Jika anda pernah menggunakan Keplr sebelum ini: Dalam sambungan, klik pada siluet di penjuru kanan sebelah atas, kemudian pilih kotak biru [Tambah Akaun] & pilih [Buat Akaun Baharu]
Pilih untuk mempunyai frasa benih/mnemonik sebanyak 24 perkataan, kemudian pastikan anda menyimpannya. Cara paling selamat ialah menulis perkataan di atas kertas dan menyimpannya di tempat yang selamat. Elakkan mengambil cekupan skrin perkataan tersebut atau menyalinnya ke dalam nota komputer/telefon anda.
Sekarang masukkan nama untuk akaun anda (anda boleh menukarnya kemudian).
Anda boleh menukar laluan terbitan dengan mengklik pada [Lanjutan], tetapi ini adalah pilihan dan tidak dicadangkan.
Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang laluan terbitan dompet HD, anda boleh mendapatkan lebih banyak lagi dalam Soalan Lazim Keplr, bahagian [Soalan Umum].
Sebaik sahaja anda pasti bahawa anda telah menyalin dengan betul frasa benih/mnemonik, klik pada [Seterusnya].
Untuk mengesahkan penciptaan akaun baharu, apa yang anda perlu lakukan ialah klik pada perkataan dalam susunan yang betul di mana ia muncul dalam benih/frasa mnemonik anda dan tekan [Daftar].
Jika anda baru sahaja memuat turun sambungan Keplr, sudah tiba masanya untuk menetapkan kata laluan anda! Pilih dengan teliti, jika boleh pilih kata laluan yang anda tidak gunakan dalam mana-mana aplikasi lain, dan kemudian klik [Sahkan].
Jika anda pernah menggunakan Keplr sebelum ini, langkah ini akan dilangkau kerana anda telah menetapkan kata laluan anda semasa membuat/mengimport akaun pertama anda