PELAJARAN: WARISAN DIKRITIK BN TETAPI SARAWAK LAIN PULA - Warisansukau/Parti-Warisan-Sabah GitHub Wiki
Welcome to the Parti-Warisan-Sabah wiki!
TOP NEWS KEMENTERIAN PELAJARAN: WARISAN DIKRITIK BN TETAPI SARAWAK LAIN PULA May 8, 20171657
MOHD AZIS JAMMAN Oleh MOHD AZIS BIN HAJI JAMMAN KOMEN: Langkah Kerajaan Negeri Sarawak memperkenalkan Kementerian Pelajaran sebagai salah satu portfolio baharu dalam pentadbiran negeri menjadi bukti kepada kerajaan UMNO/BN di Sabah bahawa ianya boleh dilaksanakan.
Tetapi, apabila Parti Warisan Sabah mengumumkan rancangan untuk mewujudkan Kementerian Pelajaran Sabah, pemimpin UMNO/BN telah menyifatkan cadangan ini sebagai retorik dan angan-angan kosong.
Bagi pemimpin UMNO/BN ikrar Parti Warisan untuk menubuhkan Kementerian Pelajaran Sabah adalah bersifat fantasi semata-mata.
Tetapi apa yang berlaku melalui rombakan kabinet kerajaan Sarawak membuktikan ianya bukan sesuatu yang mustahil untuk dilaksanakan.
Terbukti hari ini bahawa visi dan misi Parti Warisan turut dikongsi oleh kerajaan Sarawak melalui rombakan kabinet baru-baru ini yang menyaksikan Kementerian Pendidikan, Sains dan Penyelidikan diwujudkan, dengan Michael Manyin dilantik sebagai Menteri.
Pengujudan kementerian ini adalah satu pelaburan yang menentukan masa depan generasi muda agar lebih berdaya saing dan mampu berdiri di kaki sendiri.
Seperti yang kita ketahui bahawa negeri ini adalah kaya dari segi sumbernya, tetapi dalam masa yang sama kerajaan gagal menyediakan peluang pekerjaan kepada generasi muda.
Akibatnya, ramai generasi muda termasuk mereka yang berpendidikan tinggi terpaksa keluar berhijrah ke kota-kota besar seperti ke Kuala Lumpur dan Johor Bahru semata-mata untuk mencari pekerjaan.
Kementerian pelajaran yang bakal diwujudkan ini adalah untuk memastikan pelajar sekolah di seluruh Sabah menerima pendidikan berkualiti kearah melahirkan rakyat Sabah yang berdaya saing. Menyedari akan hal ini, peranan pendidikan semakin penting untuk diperkasakan yang mana menjadi keutamaan parti Warisan apabila mengambilalih tampuk Kerajaan negeri Sabah.
Sebelum ini Kerajaan UMNO/BN memberitahu bahawa antara lain kekangan mewujudkan kementerian ini adalah atas kekangan kewangan yang mana kerajaan negeri hari ini tidak mampu menyediakan peruntukan untuk tujuan mewujudkan kementerian berkenaan.
Sehubungan itu, sebagai sebuah parti yang menjanjikan perubahan rejim UMNO/BN, amanah dan tanggungjawab kearah memartabatkan sistem pendidikan sekaligus menunjukkan Kementerian Pelajaran ini adalah kementerian yang begitu penting.
‘Kalau hendak seribu daya, kalau tak nak seribu dalih’,
Apa yang pasti pengujudan Kementerian Pelajaran ini tidak akan bercanggah dengan dasar pendidikan negara, sebaliknya kementerian ini akan saling melengkapi antara satu sama lain.
Masidi Manjun, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam sekitar Sabah adalah menteri yang dipertanggungjawabkan mengenai hal ehwal pendidikan di negeri ini.
Sebagai orang Sabah, tiada orang lain yang lebih memahami keperluan kita di sini.
MASIDI MANJUN Selaku Exco Pelajaran Sabah, saya yakin dan percaya bahawa beliau akan bersetuju bahawa sudah sampai masanya orang Sabah mengambil peranan dalam menentukan nasib serta halatuju anak bangsa di tangan sendiri, khususnya yang berkaitan isu pendidikan.
Daripada sumber dalaman, kita difahamkan bahawa bila mana penggubalan dasar dan polisi melibatkan soal kepentingan pendidikan di negeri ini, biasanya apa yang diterima pakai di Semenanjung Malaysia akan digerenalisasikan kepada Sabah dan Sarawak.
Walhal, Sabah dan Sarawak mempunyai keperluan yang berbeza khususnya dalam soal peruntukan pembangunan prasarana pendidikan yang mana jurang perbezaan yang amat ketara antara Semenanjung dan Sabah.
Justeru, kementerian pelajaran yang bakal diwujudkan ini adalah untuk memastikan pelajar sekolah di seluruh Sabah menerima pendidikan berkualiti kearah melahirkan rakyat Sabah yang berdaya saing.
Melalui kementerian ini juga kerajaan akan mengurus penubuhan dan pendaftaran institusi pendidikan seperti pengujudan universiti teknikal mengikut acuan serta keperluan industri yang bakal diwujudkan di Sabah termasuklah yang melibatkan perpindahan teknologi dari negara maju seperti Jerman dan Jepun.
Warisan memberi penekanan terhadap penyediaan sumber tenaga manusia untuk memenuhi keperluan kemajuan negeri Sabah selaras dengan perancangan Warisan untuk mewujudkan pelbagai industri hiliran berasaskan kegiatan ekonomi yang bakal dipacu seperti industri minyak dan petroleum, sawit dan sebagainya.
Selain itu, bidang pendidikan yang menjadi perhatian adalah mengenai pengajaran Sejarah Sabah, selain meningkatkan kualiti sahsiah murid-murid terutama dalam penyerapan nilai-nilai murni, kebudayaan di negeri ini.
Inilah tujuannya, selain daripada Bahasa Melayu, pemerkasaan Bahasa Inggeris dalam sistem pendidikan juga turut diberi perhatian sebagaimana yang telah juga disuarakan oleh ramai pihak dalam merangka pelan pembangunan pendidikan di negeri ini
Dalam hal berkaitan, selain rancangan mewujudkan kementerian pelajaran, Warisan juga bercadang untuk mewujudkan Pelabuhan Antarabangsa Kudat.
Jika sebelum ini, pemimpin UMNO/BN katakan bahawa cadangan mewujudkan kementerian pelajaran ini sebagai retorik, maka saya ingin cabar kepada pemimpin UMNO/BN sama ada mereka berani atau tidak untuk katakan sekali lagi bahawa rancangan pengujudan Pelabuhan Antarabangsa Kudat ini juga adalah retorik?
Dato’ Mohd Azis bin Haji Jamman adalah Ketua Wira Parti Warisan Sabah